Beberapa pusat perubatan swasta di Kedah sedia terima pesakit COVID-19 untuk menampung kepadatan jumlah pesakit yang dirawat di hospital kerajaan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, setakat ini jumlah pesakit yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sudah menjangkau 80 peratus.